Sekolah Ini Bakal Menjadi Sekolah Contoh Di Daerah Kinta
Tahniah diucapkan kepada Peserta Seminar e-learning Score A Daerah Kinta/ Kampar dengan kerjasama Pasukan CikguOnline dibawah pimpinan Leader Rasydan dan Leader Zulhisham dari Pasukan Koridor Pendidikan Bestari Daerah Tengah 2 Koridor Pendidikan Bestari Pantai Timur.
1. Pembelajaran secara e-learning menggunakan Portal Pembelajaran Score A
2. Pembangunan Bahan P&P untuk Kertas 2 ( Learning Activity )
3. Pembangunan Bahan P&P secara multimedia juga melibatkan Kertas 2


Akhir sekali, Tahniah kepada semua yang terlibat.
ikhlas dari
CikguOnline

Sehingga berita ini ditulis, tempahan untuk Seminar e-learning untuk Pendidik di Bahagian Utara turut sedang dirancang. Maka dengan itu, saya menyarankan semua Pasukan yang bernaung di bawah CikguOnline agar dapat berbincang terlebih dahulu mengenai tarikh yang dicadangkan nanti.
Sesungguhnya dengan adanya program Score A ini di Perak akan membawa gelombang pembelajaran yang lebih efektif kepada semua anak bangsa dan para pelajar di seluruh Malaysia. Saya berpandangan, titik permulaan yang perlu diunjurkan ini patut bermula dari dikalangan pendidik-pendidik atau guru-guru terlebih dahulu. Peranan kumpulan ini adalah sangat membantu untuk menggalakkan kesedaran ibu-bapa dan para pelajar bagi mengubah corak pembelajaran input kepada output.
Justeru, ia bakal membawa satu momentum besar untuk mengubah pandangan skeptikal masyarakat berkenaan keberkesanan corak pembelajaran melalui internet atau WEBUCATION iatu dari hanya menggunakan internet sebagai sumber informasi kepada satu sistem pembelajaran yang sangat bermanfaat.
Sebagai contoh.. Perisian Score A ini direka untuk para pelajar khusyuk bermain game atau PS2 atau Game di Internet berlandaskan kepada kaedah pembelajaran yang menggunakan modul Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini menukarkan kejituan mereka bermain game kepada bermain game berlandaskan pembelajaran.... Nah.... Ini merupakan satu evolusi penting yang merubah perspektif corak pembelajaran berteraskan perkhidmatan Internet. Sangat bermanfaat dan dapat mengekang terjadinya perkara-perkara yang di luar kawalan.
Satu perkara lagi yang menarik di sini adalah, para ibubapa dapat menjimatkan perbelanjaan tuisyen anak-anak. Ini telah terbukti di mana purata perbelanjaan tuisyen bagi setiap anak dapat dijimatkan dengan berkesan (Sila rujuk artikel tulisan saya sebelum ini untuk mendapatkan jumlah nilaian terbabit).
Oleh yang sedemikin, saya Mohammad Rasydan bin Noh dari Koridaor Pendidikan Besatri Tengah 2 amat menyeru kepada semua warga pendidik dan ibu bapa di Kampar khususnya dan di Negeri Perak amnya untuk tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama kami menggunakan Program Score A ini dalam membina pencapaian pelajaran anak-anak dan para pelajar yang gemilang,cemerlang dan terbilang. Sesungguhnya usaha-usaha murni ini akan membantu dan membuka mata bahawa kita boleh membuktikan kita boleh mengubah anak-anak yang kurang berprestasi kepada pelajar yang cemerlang untuk masa depan yang gemerlapan...
Sesungguhnya..... Usaha-usaha murni ini pasti Berhasil....Yakinlah...
MALAYSIA BOLEH!!!!!